Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

02 January 2012

Perasaan Hati

Assalamualaikum w.b.t...


Aku terasa bila dia cakap macam tu kat aku. Tapi aku pun tak tau apa yang dia cakap tu memang untuk dirinya sendiri yang tengah mengalami situasi tu atau untuk aku yang juga turut sama sedang mengalami situasi tu. Entah la, aku rasa macam dia cakap tu semua untuk aku dan berkaitan dengan aku. Untuk dia atau aku?? Atau ayat-ayat yang diucap oleh dia dalam bentuk sindiran untuk aku (kalau dihayati betul-betul + dalam fikiran yang negatif) 

Kenapa??


Aku hairan juga sekarang ni boleh berlaku. Sebab jeles ka? Aku ada kamu, kamu yang aku sayang dan aku yang disayangi oleh kamu, dengan sepenuh hati kamu. Tapi kenapa perlu jeles dengan aku dan kamu? Ah, mustahil la sebab jeles! Sebab aku tau, dia mesti bahagia tengok aku hepy.


Untuk kau,


`Betul kan? Kau mesti tak mau tengok aku sedih macam sebelum ni kan? Kau mesti mau tengok aku sentiasa bahagia kan? Aku tau kau memang mau yang terbaik untuk aku. Aku pun mau yang terbaik untuk kau. Terima kasih sayang.`


Aku bukan mau orang lain tau hal ni. Aku hanya mampu menulis. Aku tak tau mau luahkan dengan siapa. Aku rasa aku tak patut cerita dengan sesiapa pun pasal ni. Dengan menaip ni, aku dapat kurangkan masalah-masalah yang tengah aku alami. AKU BUKAN MAU HEBOHKAN HAL NI. Aku minta maaf k. Dan aku takkan post di muka buku aku entry ni. Sebab kalau aku post di muka buku, mesti ramai yang akan baca dan tau pasal ni. Jadi aku tak mau la jadi macam tu. Page aku ni pun bukan ramai yang tau. Biasanya aku juga yang baca balik entry aku ni. Hahaha. Aku ni kan baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni, bukan macam Yana Yonet tu, dia dah jadi pro-blogger. (^_^)


PASAL `KAU`..


Semenjak kebelakangan ni, kita selalu bergaduh. Hal kecil pun boleh jadi besar. Entah la siapa yang salah sebenarnya. Aku tak mau salahkan kau dan aku pun tak mau disalahkan oleh kau. Kau selalu cakap yang aku tak pernah peduli kalau kau tengah bercakap dengan aku. Kalau kau tengah bercakap dengan aku, kau cakap aku tak ambil perhatian, dengar lagu, menyanyi, main game. Lucu juga kau ni kan. Hehehe. Aku bukan tak peduli apa yang kau cakap tu, aku dengar juga la.


Cuma aku tak mau la jawab apa yang kau cakap tu sebab aku tak mau gaduh dengan kau. Tu je. Kalau kau dah marah dengan aku, pas tu aku kena bagi respon dengan kau. Contoh la akuy pun tengah panas juga bila dengar apa yang kau cakap tu, kan benda tu boleh jadi gaduh. Kan bagus kalau  aku berdiam diri je. Aku tak mau la bila kau jadi api,  aku pun jadi api dalam masa yang sama. Nanti api tu boleh bakar kita, bakar hubungan kita. Tu yang boleh jadi gaduh. Seboleh-bolehnya biar la satu jadi air antara kita even tak selalu. Kalau kau marah, aku yang sejukkan kau. Kalau aku marah, kau sejukkan aku pula. Kan best macam tu. Tak la kita bergaduh besar. Dah dua-dua jadi apinya, sepa yang mau jadi air? Hmm.. Aku sayang kau la. Aku takkan lari dari dalam hati kau tau.  Aku duduk je kat dalam hati kau tu, aku tak pergi mana-mana juga k. Jangan risau la. Hati aku cakap, 


'Eh, ain! Aku dah rasa tawar la dengan 'mickey' yang lain. Aku cuma mahukan dia seorang je. Dia yang dah jadi superhero kau start dari 9september 17september sampai sekarang. Dah la ye ain, kau jaga la dia bagus-bagus. Kau jangan risau k, aku dah kunci diri aku ni untuk dia. Kunci tu pun aku dah buang jauh-jauh, entah la d mana sudah kunci tu mendarat. Mickey lain takkan dapat buka juga kalau tiada kuncinya. Melainkan orang dari negara Korea yang jumpa kunci tu, hah, baru la dia dapat buka! Haha. Tu kan angan-angan kau, mau cari orang Korea. Haha. Ketawa jiran aku ney.`


Kau dah baca kan apa yang hati aku ni cakap. Tu hati aku yang cakap tau. Hati pun pandai juga pakai lappy tau. Zaman semakin maju!


Ok la, aku rasa setakat ni jak entry aku kali ni. Seterusnya, entry aku berkaitan dengan tahun baru.


Bye!


*Entry yang dah lama aku nak post, tp baru sekarang dapat post. Dua bulan Dua hari yang lalu lagi aku mau post ney. tapi tak dapat. hahahahaaa.
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini