Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

21 January 2012

Yakin kan Sayang Aku

Mood : sedih sangat-sangat.

Aku pun tak tahu kenapa aku rasa teruk sangat hari ni. Memang teruk lah. sebab dia suka sangat cakap pasal perkara yang aku tak pernah buat, aku marah dia. Salah aku ke? salah aku ke marah-marah dia. Aku marah teruk sangat kat dia. Mesti dia rasa lain. Aku tak pernah marah dia seteruk tadi. Tapi kalau pasal gaduh tu, aku pernah gaduh teruk sangat-sangat dengan dia. Aku ni baran ke. Aku bukan gadis ayu ke. Kalau aku dah marah, semua aku akan cakap. Semua tu means perkara-perkara yang boleh buat dia kecil hati. Ya, aku tau dia kecil hati sebab aku marah dia macam tu.

Aku malu. Malu sebab terkasar bahasa dengan dia. Maaf kan aku.
Tapi aku tak boleh biarkan dia cakap perkara yang aku tak pernah buat dan tak akan buat. Aku yakin yang aku tak akan buat apa yang dia selalu cakap tu. Sebab aku sayang dia seorang ja. Aku cuma mahu dia seorang ja untuk jaga aku, lindung aku, sayang aku, cinta aku, sentiasa bersama aku saat-saat aku dalam kesusahan, kesedihan.

Mungkin,

Keyakinan dan kekuatan cinta aku untuk dia belum cukup lagi. Belum cukup untuk dia buang semua sangkaan buruknya terhadap aku. Aku yang mungkin masih belum mengenal makna cinta sejati pada pandangannya. 21 tahun sudah aku hidup, bodoh lah aku kalau masih memerlukan cinta hanya untuk hiburkan hati atau hilangkan bosan. Ya, mungkin dia belum memahami aku. Dia belum memahami isi hati aku yang sebenarnya. Cinta aku untuk dia. Dia yang akan menjadi penjaga ku saat aku jadi miliknya yang sah.

Mana mungkin aku akan kecewakan family aku yang tersayang. Dengan harapan mereka yang selalu mengharapkan aku bahagia dengan dia. Memang itulah yang aku dan dia impikan. Untuk hidup bersama selamanya. Walaupun masih terlalu awal, tapi aku mesti belajar menghargai semua mulai saat ni. Insyaallah, dengan berkat doa family aku dan dia, kami akan bersama satu masa nanti. Amin...

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini