Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

04 June 2012

Kisah Kita

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia 

Di pagi yang indah ini terasa hati aku ingin menulis. Sebenarnya sudah lama hati ini ingin menulis sesuatu, menceritakan sebuah kisah, berkongsikan masalah. Akan tetapi, hati yang sedang bahagia telah dicemburui oleh bb yang line dia lembab macam siput.

Sambil² dengar lagu firman yang bertajuk kehilangan.

“Sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila. Seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita. Takkan ku sia-sia kan kamu lagi.” (lalalalalalalalalala)

Dah ditinggalkan, baru nak cakap tak mau sia² kan dia. Masa masih sama², balik² sia² kan dia. Baru padan muka. Haha. Lagu.. lagu..

Ish, jauh juga aku mengarut ya. Abang! Ya, aku rindu abang sayang aku. Rindu sangat²! Even aku rasa hampir setiap hari kita bergaduh tapi semua tu tak pernah sedikit pun mengurangkan rasa rindu apatah lagi sayang dan cinta aku terhadap kau. If aku jauh di sana, family aku yang aku rindu. Tapi sekarang ni dah bertukar dan beralih arah. Family depan mata aku sudah.
Rasanya hampir sebulan sudah aku bercuti di LD ni, dan selama sebulan ini juga la macam² berlaku antara aku dengan kau. Rutin harian kita adalah pergaduhan. Tapi gaduh juga la yang buat kita bertambah dekat dan bahagia. If korang tak percaya, korang try la. Kadang² aku pandai juga sakit hati masa gaduh tu sebab perkara yang tak sepatutnya kita gaduhkan pun kita boleh jadi bergaduh. Dan paling aku sakit hati bila kau keluarkan ayat² yang aku tak suka dengar. Macam kau suruh aku cari lelaki lain. Arghh, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati bila aku dengar semua tu. Rasanya dah tak terkira lagi berapa kali sudah kau cakap macam tu kat aku.

Ah, lupa kan!

Aku nak cerita pasal minggu ni pula. Minggu ni minggu final exam kau, tapi hari khamis tu  paper last untuk minggu ni. 9 hari dari sekarang kau akan ada exam dengan ST pula. Aku harap kau boleh buat dan jawab dengan baik, ok? Sebab semua tu masa depan kau. Mungkin juga masa depan aku dan bakal anak² kau nanti. Insya-Allah. Ya Allah, permudahkan lah segala urusannya ya Allah. Amin.
Nak cerita pasal dua malam pula, entah lah dah jam berapa masa tu. Time tu aku dah tidur, kau call aku. Biasanya setiap malam aku silentkan handphone aku sebab aku takut abah dengan umi aku marah bila dengar handphone aku berdering tengah² malam. Tapi semalam aku tak bagi silent, bukan juga lupa, tapi aku memang sengaja tak mau silentkan. Macam aku tau²jak yang kau akan call aku. [sebenarnya aku langsung tak tau pun].

Dan! Ya, betul! Kau call aku tengah malam. Kau call untuk bagitau aku yang kau pass untuk subjek teori elektrik. Actually, aku happy juga dengar berita tu sebab subjek tu kau takut, jadi aku pun automaticly risau la juga. Alhamdulillah, akhirnya kau lulus juga. Tapi, disebabkan aku tidur time kau call, aku tak berapa layan sangat cerita kau tu pasal aku mengantuk. Aku tau mungkin kau kecil hati sebab aku buat tak kisah, tapi aku nak kau tau yang aku tersangat² happy dengar berita tu. Ibaratnya macam aku yang lulus. Sebab, if kau berjaya, aku pun berjaya juga. Kau tu pun masa depan aku dan sebelum kau jadi masa depan aku sepenuhnya, kau mestilah ada masa depan. Semua tu untuk kebaikan dan kepentingan kita bersama dan keluarga kita. Kau ada juga bagitau aku yang kau terjatuh sebab terlampau happy bila dapat tau yang kau lulus. Aku cuma mampu tersenyum dengar cerita kau yang lucu tu. Tapi aku rasa, if kau cerita face-to-face dengan aku, aku akan ketawakan kau kuat². Haha. Kau mesti tau macam mana aku ketawa bila tau cerita lucu macam tu. Jangan marah tau.

*andainya abg terbaca entry ni, mohon maaf ya sekiranya terkasar bahasa dan ada yang menyakitkan hati. Syg cinta abg syg seorang selamanya*

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini