Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

25 April 2013

Tapi Mengapa


Sudah ku katakan segalanya
Sudah kau mendengar semua penjelasan itu
Apakah lagi salah yang ada
Apakah kesilapan lalu yang harus aku perbetulkan
Harus aku perbaiki agar kita akan terus bersama.

Tapi mengapa....

Kau melambatkan pendamaian di antara kita
Mengapa dikau benarkan aku terseksa di ulit derita
Mengapa tidak engkau rendahkan sedikit egomu.

Agar tiada...
Tiada siapa bisa memulakan sengketa
Tiada siapa akan terseksa
Apa salahnya kau beralah
Segeralah kau berubah.

Tahukah dikau betapa payah
Tahukah betapa susah untukku bernafas seperti biasa, semula
Telah aku cuba fahami caramu
Namun ku tak berdaya.

Aku berharap kau sedar
Sedar apa yang cuba ku lakukan
Bersamalah kita pulihkan
Pulihkan jiwa yang luka
Agar kita terus bersama.






ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

2 comments:

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini