Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

04 July 2013

Holiday + Convocation Day (Part 1 : Perjalanan Bermula)

Assalamualaikum
(^_^)

Huh, lega rasa hari ni bila kerja semua settle KECUALI job card yang masih banyak hold (dari staff lama lagi dah memang banyak hold). Dan yang pertama sekali, ain nak bagitahu semua kenapa ain lama biarkan blog ni senyap. Sebenarnya tangan ni dah lama gatal nak menaip, tapi di sebabkan kerja yang selalu mencemburui masa ain untuk update entry, tak lah berkesempatan juga. Disamping tu juga, ain baru balik dari holiday dan konvo(sebenarnya dah lama balik pun). Last entry ain yang ini akan ain ceritakan di entry selepas ini. Dan entry ini akan ain cerita kan pahit manis riang tawa sepanjang holiday.
First sekali ain rasa bahagia yang teramat-amat sangat sebab holiday kali ni satu family pergi. Sebab selalunya kalau holiday, mesti ada yang tinggal especially adik lelaki ain. Dah memang dia bukan jenis yang suka jalan kot. Tapi disebabkan atas permintaan kakak dia yang nak konvo ni kononnya nak semua pergi. So, dia pun merelakan diri untuk bercuti sekali dengan kami. Before cuti tu, memang masalah juga la pasal nak apply cuti. Maklum lah kan, ain baru start kerja, still dalam percubaan tiga bulan lagi memang risau pasal cuti bos tak mahu approve. Dah tu cuti seminggu pula tu. Tapi alhamdulillah, bos memahami juga.
Okay lah, cerita bermula. Jadual holiday memang padat. Penat juga lah. Untuk meringkas kan entry, ain just upload beberapa picture sepanjang percutiaan dan harap kamu faham lah apa yang nak disampaikan. Kalau tak faham pun, buat-buat faham je lah k. Ni kes dah malas nak taip panjang-panjang. hehe.

Before nak check-in, kami sempat...





Dalam kapal pun sempat ambil gambar juga !





Tengah malam juga lah sampai KLIA tu. Dah sampai sana, ada la dalam sejam lebih tunggu kereta untuk pergi Melaka. Huh, memang penat gila lah masa tu. Ain dengan adik semua dah tak ada ampun maaf lagi. Masuk kereta terus lena. Bangun jak dari tidur, sampai dah depan hotel kat Melaka tu. Memang penat gila-gila. Tidur bukan setakat dalam kereta je, masuk jak dalam bilik hotel tu, sambung lagi. Bila rasa dah cukup rehat, ain sekeluarga memulakan perondaan di Bandaraya Bersejarah Negeri Melaka.





Macam 'couple' ke?? Ni satu-satunya adik lelaki ain. Tinggi kan dia? haha. Entah lah ikut siapa tinggi dia tu. Semua gambar kat atas ni masa naik Menara Taming Sari. Seram ! Umi ain je yang tak ikut naik menara ni. Takut naik darah, katanya.

Lepas tu kami pergi maju kan kaki melangkah ke...
Nampak tak apa kat belakang tu. Hah, ni lah tempat kedua perjalanan kami di Melaka. A Famosa. Kat dalam tu ada orang menyanyi tau.


Walaupun penat, kami masih meneruskan perjalanan. Seterusnya kami pergi naik kapal kat Muzium Samudera.
Mereka ni lah wajah-wajah insan yang ain sayang. Dan mereka adalah yang terpenting dalam hidup ain.




Rasa macam betul-betul dalam lautan. Best sangat !

Setelah penat meronda kapal tu, ain pun duduk lah kat sini. Penat tu.
Dan hanya ain seorang yang masih mampu tersenyum. Betul tak??

Kenapa gambar ain je yang banyak? Sebab gambar family semua ada kat LD. Semua dalam tab dan nikon. Ni pun main ambil kat fb je ni. So, korang tengok je lah gambar ain yang comel ni ye. Comel lah sangat ! (perasan kejap. hehe)






Dan........ Last but not least. Ain suka gambar the siblings kat atas ni. Tau kenapa? Sebab susah nak ambil gambar free style macam ni. Alhamdulillah, semua okay :)
Dah ikut sulung ke bongsu, lepas tu gaya masing-masing yang berlainan lagi. My bro lah juga yang smart ! Love u all !

notes : Actually entry ni dah lama dalam draft, tapi baru hari ni dapat tambah sikit and publish. Ni baru Part 1. Lepas ni ada lagi Part 2 tau. Tunggu :)






ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

2 comments:

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini