Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

09 July 2013

I am Officially 22 Years Old - 5 July 2013

Assalamualaikum
(^_^)

'I am Officially 22 Years Old'

5 Julai 2013.
OMG ! Saya dah 22. Umur saya dah meningkat dari 21 ke 22.
Ops, age just number ! Kata budak ni (budak lah sangat). Ain pun cakap macam tu juga lah. 22 hanya sekadar angka. Tapi ain masih muda lagi tau.(muda lah sangat)

Hah, bila umur dah meningkat macam ni. Ramai yang akan bertanya dan mendoakan pasal jodoh. Married ! Haha. Ain nak kahwin ! Haha, nak cerita pasal kahwin ni kan. Memang lah ain nak kahwin. Tapi sekarang ni kalau boleh dah tak nak lah fikir pasal tu. Biar lah Allah yang tentukan semua nya. Kalau dulu kemain gila nak kahwin. Haha. Mana tak gila nak kahwin. Masa tu ramai budak-budak remaja muda yang kahwin awal. Umur seawal 20-an dah kahwin. Tu yang gila rasa nak kahwin juga. Tengok gambar kahwin lagi. Sweet sangat !

Okay. Stop mengarut pasal tu !

Pasal kahwin, ain berserah pada Allah. Ada jodoh, kahwin lah. Tak ada jodoh, its okay :D


Sekarang umur ain pun dah meningkat dewasa. Impian pun masih banyak lagi yang belum tercapai. In Shaa Allah, ain akan buat satu per satu dengan baik dan selamat. Hidup ni pun bukan setakat nak penuhi impian sendiri, tapi impian mereka mereka dan mereka. Ramai sangat kan mereka tu? Memang ramai. Tak perlu lah ain huraikan satu per satu di sini siapa mereka itu. Mungkin ada yang sudah memahaminya. Sebab perjalanan hidup kita sebagai manusia ni hampir sama semuanya :)



Bila umur semakin meningkat ni, kadang-kadang ain rasa timbul penyesalan. Banyak penyesalan. Sebab masa budak-budak dulu tak hargai masa tu untuk buat banyak perkara yang baik (bukan nak maksudkan sebelum ni selalu buat jahat tau. hehe). Dah umur macam ni baru sedar banyak perkara. Bab susah, bab senang, bab study, bab cinta, bab pengorbanan umi abah. Macam-macam lah. Tapi kalau ain nak menyesal sekarang pun memang dah tak ada gunanya lagi. Nasi dah jadi bubur. Macam yang Kisah Cinta tu cakap, move on, don't look back. Yes !

Okay lah readers yang baik hati comel macho semua. Setakat ni je lah entry ain pasal ni ye. Sebab ada kerja nak kena buat (walaupun sebenarnya banyak lagi nak taip. huhu). Next entry sambung lagi ye.

Ain tinggalkan readers dengan beberapa wajah comel kat bawah ni (perasan lagi)


Ni ain masa kecil dulu. Entah lah umur berapa masa tu. Tak pernah nak tanya umi dengan abah (dah pernah tanya pun, tapi lupa).

Rasanya gambar ni masa umur ain antara 17-19 tahun. Lupa jugak !

Sweet Twenty.

Gambar ni genap umur 21 tahun. 5 July 2012. Pakai lappy 'dia'.

Dan ini ! Now ! I am Officially 22 Years Old - 5 July 2013



Readers boleh tolong ain tak? Tolong jangan bagitahu sesiapa tau pasal ni. Sebab ain malu. Malu sebab ain dah tua. Arghh ! :)

Bye !

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

6 comments:

  1. happy belated bday ain ^^ fae pun coming 22 this dec hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanx fae. hehe. kita sebaya lah. tapi ain kakak sikit lah dari fae :)

      Delete
  2. salam ramadhan... nk bgtau satu dunia ade orang tua jadi blogger.. huhu.. :P

    ReplyDelete
  3. sama la kita :) follow me back ya!

    ReplyDelete

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini