Ya. Itu yang kau mahu buat sebenarnya. Dan kau sudah pun jadi yang terakhir itu. Bukan sahaja yang terakhir untuk itu tapi yang terakhir di sini. Mungkin. Seharian dan hampir semalaman aku menunggu. Hanya kau. Kau rupanya. Hampir kesedihan melanda diriku bila detik itu mendekati hujung waktunya. Tapi kau masih senyap, masih diam tanpa kata. LUPA. Itu yang aku fikirkan. Mungkin juga. Dan akhirnya panggilan yang terakhir aku terima sebelum detk itu menuju ke penghujungnya. Hanya beberapa minit lagi berakhir.
*Calling~~~
Terpapar nombor yang tidak tertera namanya. Hanya 10 angka sahaja.
Kerana apa??
Aku telah membuangnya dari 'sistem' ku. Kononnya tidak mahu mengganggu kebahagiaan mereka nanti. Tapi aku masih kenal dan sentiasa mengingati 10 angka itu tanpa menyimpannya. Entah lah kenapa.
Aku tersenyum :)
Tapi kembali muram bila apa yang aku harapkan tidak dikata oleh kau. Aku sedih. Berfikir yang kau memang dah lupa. Dan hanya tiga perkataan yang kau keluarkan sehingga membuatkan mataku seolah-olah berkaca.
Walaupun kebahagiaan itu bukan untuk kita. Tapi aku tetap bahagia. Bahagia kerana mengenali kau dan mereka. Aku hanya mendoakan kebahagiaan kau bersama dia yang kau sayang :)
Terima kasih, abang.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?