Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

04 July 2013

Tiada Penghujung

Hari yang semakin dekat tu membuatkan aku rasa takut untuk menunggunya. Kalau boleh aku memang tak mahu melaluinya. Tapi aku tahu, aku cuma manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan waktu itu dari terus berjalan. Aku tak tahu dan masih tak faham kenapa perasaan ini mesti begini. Mereka juga tak faham. Apa keadaan pun, gembira, sedih, marah, kecewa, tetap tidak dapat melawan perasaan aku yang satu itu. Mungkin aku memang tidak perlu dan tidak diperlukan lagi. Nyata sekali tidak! Tapi kenapa berlaku tanpa sebab. Dan kenapa terlalu cepat. Kenapa tak bawa aku sekali?? Terlalu banyak kenangan itu ditinggalkan untuk aku. Macam mana untuk melupakan semuanya. Okay ! Aku menutupkan mata serapat yang boleh lalu kenangan itu akan pergi begitu sahaja? Tidak! Tidak sama sekali. Bukan itu caranya. Kisah yang penuh dengan kegembiraan tetapi akhirnya yang juga penuh dengan kedukaan. Tiada siapa yang akan mengerti. Tiada siapa yang akan memahami. Aku menulis bukan meminta simpati, tapi aku menulis hanya untuk meringankan hati. Mohon kamu mengerti. Tanpa apa kata lagi, aku tetap akan menanti. Walaupun sesuatu itu belum pasti. Doa dan usaha aku akan sentiasa menemani.
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

1 comment:

  1. Kenangan masa dulu adalah kenangan abadi yang mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

    ReplyDelete

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini