Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

15 March 2017

Hari-Hari Di Sini

Masa berlalu terlalu cepat atau aku yang merasakan masa itu terlalu pantas meninggalkan aku. Kadang-kadang aku sendiri kurang pasti, kenapa aku boleh sampai ke sini ? Kenapa aku ditakdirkan untuk mencari rezeki di sini. Di tempat ini, tempat yang terasa jauh sekali yang tak pernah aku fikir. Sungguh. Payah yang teramat nak memujuk hati ummi yang tak mahu aku dan adik-adik berjauhan sampai ke sini. Belajar mahupun kerja. Tapi hidup ini pastinya sudah tertulis sebab Allah dah rancangkan rezeki aku di tempat orang ni masa dah habis study, masa nak bekerja. Alhamdulillah. Walaupun inilah yang dinamakan takdir. Ada sebab kenapa aku sampai ke sini. Ingin berkongsi cerita sedikit apakah ini takdir untuk aku, untuk kami dan untuk mereka, tapi biarkan lah. Tidak perlu dihuraikan di sini.

Itu kisah lama. Tapi tidak terlalu lama. Tidak juga terlalu baru. Cerita yang masih terkesan di dalam hati. Yang kadang-kadang berkait dengan apa yang aku cuba lakukan. Hati yang tidak selalu tabah, sabar. Ada masanya hati terasa lemah, hendak menangis. Namun aku kuatkan walaupun terkadang butiran jernih itu jatuh akhirnya, biarkan, itu cara aku. Dengan cara aku itu boleh memberi sedikit kekuatan.

Ah ! Tak penting pun.
Lebih baik aku bercerita tentang mereka yang datang menceriakan hari-hari aku di sini.
Terima kasih.

11.17AM
Pasir Gudang, Johor

p/s : Post ni lama save kat draft, sejak 16 Oktober 2015 lagi :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini