Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

23 April 2012

Dah Habis Dah..

Assalamualaikum.
Hari ni adalah hari yang sangat membosankan. Walaupun aku dapat online 24jam, tapi aku tetap rasa bosan. Entah apa sahaja yang aku online kan hari ni. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku dah terlepas dari paper-paper yang menyeramkan aku dalam bulan ni. Semalam merupakan hari terakhir aku duduk dalam dewan peperiksaan untuk semester ini dengan paper Intermediate Accounting II. Paper yang boleh buat aku dan kawan-kawan aku yang lain menangis (tapi sebenarnya tak menangis pun). Mak ai, susah dowh! Aku rasa semester ni banyak sangat soalan-soalan yang susah. Dari paper yang pertama sampai last paper, setiap kali ada antara housemate aku atau aku balik dari exam, kami mesti akan bertanya soalan yang sama. "Macam mana paper? Senang?". Begitulah soalan yang kerap ditanya oleh antara kami. Kenapa lah UTM buat soalan susah macam tu ye?
Walaupun susah, aku bangga juga dengan diri aku sebab aku ada study. Aku study sampai lewat malam juga la kalau aku tahan. Tapi kalau aku tak tahan mata, aku terus tidur. Sebelum tidur selalu cakap nak bangun tengah malam atau subuh. Bangun tu memang la bangun, tapi aku tidur balik. Haha. Tapi ada satu paper ni aku study dari pagi sampai la ke petang. Ingat nak sambung malam, tapi aku penat sangat. Malam aku tidur sekejap, dalam jam 10 aku bangun dan sambung study sampai la jam 3 pagi. Mana tak nya, hari ni paper PPO, lepas tu selang sehari ada paper Audit. Aku ada masa sehari untuk study Audit. Dah la Audit tu teori, mesti banyak baca dan hafal. Dan aku paling tak suka teori. Kalau bagi aku teori dengan calculation, aku sanggup lagi ambil yang mengira. Mungkin sebab aku suka mengira. Hehe.
And now i'm trying to clean and get rid of acne on my face of that i'm not invited. Sakit la dowh!
Dan aku harap juga aku dapat cuti yang enjoy. Lama tu! Aku nak belajar jahit baju kurung dengan umi aku. Kalau aku dah pandai jahit baju sendiri, boleh la aku beli kain banyak-banyak dan aku jahit sendiri. Mesti best kan?!
Ok lah, aku nak pergi rehat. Laptop ni mesti dah bosan tengok aku. Haha.
Bye!
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini