Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

13 April 2012

Hati yang disakiti

Makin hari aku rasa hati aku ni selalu rasa sakit. 
Malah jantung pun macam terkena effect nya juga!
Macam aku rasa bosan sudah dengan semua masalah yang aku hadapi.
Makin hari makin bertambah-tambah masalah.
Makin hari makin teruk pergaduhan tu berlaku.
Dan makin hari makin aku tidak sanggup untuk melalui hari-hari yang sering membuatkan hati aku terasa sakit sendiri.
Mungkin juga sebab aku makin hari makin meningkat tua. haha.
Damn!


Masalah tu muncul time-time macam ni. Tibanya langsung tidak sesuai dengan masanya. Dengan aku yang tengah berperang dengan soalan-soalan final. Yang senangnya tidak terlalu senang, yang susahnya bertambah susah untuk aku jawab. Sebab masalah-masalah yang kau bagi untuk aku sedang mengganggu akal fikiran aku yang kini masih dipenuhi dengan nota-nota, formula-formula yang akan menjadi senjata-senjata aku dalam dewan peperiksaan. Senjata-senjata itulah yang akan tentukan masa depan aku, pointer aku, result aku. Semua nota dan masalah yang ada dalam otak aku ni juga sedang bergaduh menolak antara satu sama lain. Yang nota menolak masalah, yang masalah menolak nota. Walaupun nota yang diutamakan, tetapi masalah telah berjaya bertahan dalam otak aku yang kecil ni.


So, aku just boleh wish luck untuk diri aku sendiri. Aku pasti boleh buat. 'Jika aku fikirkan aku boleh, aku pasti boleh lakukan!'
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini