Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

Showing posts with label Terluah Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Terluah Dari Hati. Show all posts

29 November 2013

Sedetik Waktu Seribu Kenangan

Melihat apa yang kau miliki, jujur aku cemburu. Aku tahu aku juga akan memilikinya, sama seperti kau. Juga sama seperti keinginan kita suatu ketika dahulu. Tetapi aturan Allah itu terlalu sukar untuk kita ubah. Inilah takdir kita. Punyai rasa sayang yang sama, tetapi tidak mampu untuk menjadikan ia sebuah cerita yang paling indah. Kau melihat aku tersenyum. Ya, pada zahirnya kau melihat senyuman. Tetapi ada yang tersembunyi di sebalik senyuman itu.

Aku tipu ! Aku tipu !

Aku bukan tersenyum. Hati aku menangis kesedihan. Tidak perlu ditanya kenapa aku bersedih. Aku akan tetap terus tersenyum ketika melihat kau. Membuang perasaan lemah dalam diri ini akan aku cuba sedaya upaya aku.

Aku kuat ! Semangat aku tinggi !

Walaupun aku sedang menangis ketika ini. Aku menangis bersebab. Ingin memberi kekuatan dalam diri ini untuk terus hidup walaupun hakikatnya aku lemah. Terlalu lemah untuk melalui semua ujian ini. Tetapi aku yakin Allah tidak akan memberi ujian kepada aku di luar kemampuan aku.

Menangis meratapi nasib itu bukan aku. Tetapi aku menangis untuk meleraikan apa yang terpendam. Menjadi satu luka sekiranya aku memendam dan menyimpan. Tidak selamanya aku perlu menyimpan rasa itu. Masa kita sudah habis, tamat di pertengahannya. Aku hanya mampu menadah tangan lalu mendoakan kebahagiaan untuk diri aku sendiri, juga untuk diri kau.

'Mungkin bukan jodoh. Atau mungkin tiada jodoh. Aku pasrah. Pasti ada yang terbaik. Terima kasih Allah, atas kebahagiaan yang telah Kau berikan kepada kami walaupun ia hanya sedetik waktu. Sedetik waktu yang Kau berikan kepada kami itu telah memberi seribu kenangan. Juga seribu pengajaran serta kekuatan kepada aku.'

:')
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

10 June 2012

Apa Perasaan Kamu?

Apa perasaan korang?


Bila girlfriend/boyfriend korang keluar dengan mama dia, lepas tu ada seorang perempuan/lelaki ini ikut dengan dia jalan sekali. Anak kawan mama katanya. Umur perempuan/lelaki tu lebih kurang juga dengan umur si dia.
Apa korang akan fikir?
Apa yang korang rasa?


Tambah lagi korang belum pernah dipertemukan dengan keluarga si dia. Mungkin juga si keluarga tidak tahu tentang hubungan ini.


Apa perasaan korang?
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

13 April 2012

Hati yang disakiti

Makin hari aku rasa hati aku ni selalu rasa sakit. 
Malah jantung pun macam terkena effect nya juga!
Macam aku rasa bosan sudah dengan semua masalah yang aku hadapi.
Makin hari makin bertambah-tambah masalah.
Makin hari makin teruk pergaduhan tu berlaku.
Dan makin hari makin aku tidak sanggup untuk melalui hari-hari yang sering membuatkan hati aku terasa sakit sendiri.
Mungkin juga sebab aku makin hari makin meningkat tua. haha.
Damn!


Masalah tu muncul time-time macam ni. Tibanya langsung tidak sesuai dengan masanya. Dengan aku yang tengah berperang dengan soalan-soalan final. Yang senangnya tidak terlalu senang, yang susahnya bertambah susah untuk aku jawab. Sebab masalah-masalah yang kau bagi untuk aku sedang mengganggu akal fikiran aku yang kini masih dipenuhi dengan nota-nota, formula-formula yang akan menjadi senjata-senjata aku dalam dewan peperiksaan. Senjata-senjata itulah yang akan tentukan masa depan aku, pointer aku, result aku. Semua nota dan masalah yang ada dalam otak aku ni juga sedang bergaduh menolak antara satu sama lain. Yang nota menolak masalah, yang masalah menolak nota. Walaupun nota yang diutamakan, tetapi masalah telah berjaya bertahan dalam otak aku yang kecil ni.


So, aku just boleh wish luck untuk diri aku sendiri. Aku pasti boleh buat. 'Jika aku fikirkan aku boleh, aku pasti boleh lakukan!'
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

27 February 2012

Rindu!

Assalamualaikum..

Hari ini aku baru ada masa nak update blog aku yang dah kurang diberi perhatian semenjak kebelakangan ini. Bukannya aku selalu online pun sekarang ni, kalau aku online pun aku dah tak pernah nak log in blog. Sebab, kalau aku nak online, setakat nak buat assignment je. Cari maklumat kat internet. Log in facebook pun sekejap je, setakat tengok yang merah-merah tu, kalau aku rasa penting sangat, aku reply la komen tu tapi kalau tak penting aku tak reply. Jangan marah tau. Hehe. Twitter?? Aku rasa aku langsung dah tak pernah log in, hmm bukan ada apa-apa pun kat twitter aku tu. Follower aku pun tak ramai lagi.

Aku tak rindu pun semua log in-log in tu. Haha.
Dapat online sekarang pun sebab aku pinjam bb hubby aku.

Cakap pasal rindu, sebenarnya sekarang ni aku tengah demam rindu. Demam rindu dengan........................

*badan tengah panas ni*

Aku rindu dengan ramai orang.
Aku rindu umi!
Aku rindu abah!
Aku rindu nenek!
Aku rindu angah!
Aku rindu adik-adik! – arief, nana & bibi
Aku rindu mereka semua. Aku nak jumpa semua. Tetapi aku jauh dari mereka. Memakan masa yang lama untuk aku pergi ke sana, untuk jumpa mereka semua. Naik bas, memang jauh, terlalu jauh bagi aku dan sangat memakan masa yang lama. Naik flight, memang cepat sampai, tapi bukan senang nak dapat tiket kapal yang murah. Aku bukan nak merendahkan diri, tapi itu lah kebenarannya.

Hanya untuk beberapa bulan sahaja aku perlu bertahan. Bertahan dengan hati yang terlalu dan teramat-amat merindukan mereka semua. Aku harap mereka pun merasa benda yang sama macam aku rasa semenjak beberapa hari ni.

Aku terlalu rindukan mereka!

*rasa macam nak nangis je aku*

Petang tadi aku call kat sana. Umi aku yang jawab call aku. Aku dengar je suara umi, aku ingat umi baru bangun. Sebenarnya aku silap. Umi tak sihat! Aku risau.  Umi tengah sakit. Kerisauan aku bertambah bila umi cakap abah tak pergi kerja hari ni sebab nak jaga umi kat rumah. Teruk sangat ke sakit umi? Yang aku tau, umi tak boleh berdiri lama-lama, rasa pitam. Aku mula terfikir nak balik sana. Aku nak balik juga, aku nak balik! Tapi aku tak berani nak bagitau, aku tak mau susahkan abah.
Aku harap umi akan sembuh cepat.

Amin…

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

24 January 2012

Satu Hari Nanti Aku Nak Jadi Macam Dia

Hari ni aku rasa aku macam nak update blog. Aku nak story sikit pasal aku nak jadi apa. haha.


*Terasa lucu dan senyum sorang-sorang.


Sebenarnya aku nak jadi princess. `Princess Ain`. Memang lucu lah kan?
Lepas tu aku nak jadi macam dia. Aku nak jadi cantik macam dia. Eee, aku geram la tengok muka dia yang cantik dan comel tu. Tapi aku boleh ke jadi macam dia. Tak sepenuhnya, tapi apa yang aku suka sangat bila tengok dia, cara dia pakai. Fesyen dia, style dia. Sangat-sangat buat aku tertarik dan nak jadi macam dia juga.


Huh, dia memang lawa. Tapi tu bagi aku, tak taw la bagi orang lain. Em, lau orang lain cakap dia tak lawa, tak cantik, orang tu memang dah buta. Tak tau lah nak cakap apa lagi kat orang-orang tu.


Aku tak kira, aku nak jadi macam dia juga. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti. InsyaAllah.


Bye!

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

21 January 2012

Cinta Pada Aku

Cinta itu adalah kesabaran.
Cinta itu adalah sejenis kasih sayang manusia terhadap manusia.




Cinta,


Tidak cemburu
Tidak memegahkan diri
Tidak sombong
Tidak biadap
Tidak mementingkan diri
Tidak juga mudah marah.


Cinta juga sentiasa memastikan tiada rekod yang salah
Cinta tidak menggembirakan di dalam sebuah pembohongan, tetapi bersukacita dengan sebuah kebenaran
Cinta akan melindungi, akan sentiasa benar, akan sentiasa berharap.




Cinta itu tidak pernah gagal


kerana


Cinta penuh keimanan, harapan dan kasih sayang


Tetapi


Yang PALING BESAR itu tetap CINTA.
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini