Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

06 July 2012

5 JULY 2012

Assalamualaikum blog readers
(*_*)

Pelik ke tengok tajuk entry kali ni? 5 JULY 2012 !

Kenapa ain buat tajuk macam tu ye? Hari ni kan dah 6hb. Hehe. Ok lah, ain straight to the point je lah. Actually, 5 JULY tu adalah hari ain lahir kat bumi Allah SWT yang indah ni.

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to Nuraini
Happy birthday to me

Alalaa, kesian ain nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Dan sekarang umur ain dah mencapai 21tahun. Rasanya umur ni lah yang dinantikan setiap mereka yang bergelar remaja. Ain bersyukur sangat sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup sampai lah saat ni. Kepada mereka yang dah wish dan mendoakan ain semalam, terima kasih banyak-banyak ye. Untuk family ain yang tercinta, terima kasih atas doa serta semangat abah dan umi untuk ain. Tahun ni ain tak dapat sambut birthday dengan family ain sebab dorang jauh nun di sana(LD).

Sempena ulangtahun ain yang ke 21tahun, ain dapat hadiah yang very-very special dari mr.F. Bukan berbentuk barang, bukan juga duit atau apa pun yang korang fikirkan. Tapi.. jeng jeng jeng !
Em, pasal hadiah ni nanti je lah ain cerita, ok? Bila ain dah sedia, ain akan cerita kan apa hadiah tu. Harap korang semua menanti dengan penuh kesabaran.
Korang tahu tak cerita apa yang baru keluar kat pawagam semalam? Hah, cerita yang ain dan mr.F tunggu-tunggu tu lah. Ada kat SINI. Semalam sempena hari lahir ain tu, mf.F bawa ain keluar. Mula-mula tu mr.F bagi hadiah yang special tu kat ain. Tempatnya kat Tanjung Aru. Lepas tu, terus pergi tengok wayang kat One Borneo. Ain dah tengok cerita 8jam tu. Sangat best ! Tapi sedih :( macam nak mengalir juga airmata ni semalam [aku kalau dah tengok cerita melayu cintan-cintun ni semua sedih. hehe]

‘Pertarungan Nyawa Dan Cinta’
Alang cakap,’1 Malaysia nak tahu kenapa saya bunuh dia’
pandai penulis skrip buat skrip macam tu. Tapi memang betul pun, 1 Malaysia nak tahu.

p/s : kepada sesiapa yang belum tengok 8jam, pergi lah tengok cepat ! rugi tak tengok tau. hehe

Selesai tengok wayang, mr.F pergi bawa makan kat mcD. Tempat makan makanan kegemaran dia. Tapi ain juga yang buat demand. hehe :D
Dah habis makan tu terus lah mr.F hantar balik rumah. Walaupun dapat jumpa sekejap, tapi ain tetap rasa happy. Ye la, masing-masing sibuk, susah juga nak jumpa. dengan ain lagi yang baru nak mula semester, dengan mr.F yang sibuk kerja. hmm. sabar lah wahai hati.

untuk abg, terima kasih ya ![dah tak tahu nak cakap macam mana lagi]

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini