Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

10 March 2013

Permulaan Hari Ini


Assalamualaikum
(^_^)

Kesekian kali nya, hari ini ain ingin memulakan kehidupan yang baru sebagai penulis blog, menceritakan sesuatu yang baru sepanjang hidup bermula hari ini sehingga hari-hari berikutnya. Bila tengok mereka yang rancak dengan dunia blog, ain pun terasa keseronokan ber’blog’. Dengan kisah-kisah mereka yang menyeronokkan even ada kesedihan dalam semua kegembiraan tu.
Kesedihan dan kegembiraan tu perkara yang sudah menjadi kebiasaan kepada setiap kita yang masih hidup. Sedih atau gembira, hidup mesti diteruskan jua. Untuk entry yang pertama ni, ain nak kongsi sikit tentang diri ain. Hanya sebagai introduction gitu. Hehe :)

Hai kawan-kawan. Hihi. Nama saya Cik Nuraini. Korang boleh lah panggil AIN. Ain belum kahwin lagi tau sebab belum ada yang meminang. Kalau korang nak pinang ain, boleh lah lengkapkan borang di ruang yang disediakan (tak ada borang lah, just joke). Tahun ni umur ain baru 22 tahun (baru ye, di situ lah nampak perasan sikit), masih muda lagi kot nak kahwin. Tapi kalau dah sampai seru naik pelamin tu, ain redha. Ain ni anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Baru saja menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Teknologi (Perakaunan). So, sementara tak ada buat apa-apa ni, ain pun isi lah masa-masa lapang dengan buat blog. Saja suka-suka hilangkan bosan tu. Yang mana baru graduate macam ain ni and belum ada kerja atau mereka yang dah lalui semua ni, akan faham dan tahu lah tu apa yang ain rasa sekarang. Actually, sebelum ni ain dah pernah berblog, tapi atas sebab-sebab tertentu ain dah tak guna blog tu lagi. Mungkin ada antara kamu yang pernah follow blog ain yang lama tu, harap dah tak perlu lah stalk yang lama. Tahun baru blog baru lah ye. hehe.
Selamat mengikuti 'Cerita Kita' yang baru :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini