Tweet
Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai
29 April 2013
Pilihan itu Keperluan atau Kehendak??
Hidup kita sebagai hamba Allah ni sebenarnya masing-masing punya tujuan. Tujuan yang diharapkan menjadi kenyataan di suatu masa nanti. Aku ada tujuan, kau juga ada. Sekarang kau sedang melangkah menuju ke tujuan yang kau ingin kecapi. Alhamdulillah:) Tapi aku masih belum. Melangkah cuma sedikit kemudian berhenti dan tidak meneruskan langkah itu. Tanpa semangat itu aku tidak mampu untuk melangkah lagi. Sedangkan aku tahu, tanpa semangat itu aku juga harus maju. Membuktikan tujuan aku itu mampu untuk aku kecapi. Mungkin bersama dan mungkin tidak. Sentiasa redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Walaupun itu adalah takdir, tapi aku akan terus berusaha agar takdir itu boleh berubah. Mengikut usaha yang dilakukan beserta doa, juga kemampuan diri masing-masing. Kerana itu adalah pilihan aku. Pilihan itu adalah berdasarkan apa? Keperluan atau Kehendak? Bagi aku dua-dua penting. Tanpa kehendak, aku tidak akan memiliki apa yang aku perlukan. Dan tanpa apa yang aku perlu, aku tidak boleh memiliki apa yang aku hendak. Yang pasti, apa yang aku perlu dan apa yang aku hendak, aku pasti akan milikinya. Berdoa dan terus berusaha......
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ
Tweet
Tweet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?