Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

29 January 2015

Teka Teki Tanpa Jawapan

Kau tahu, setiap kali aku terima kad undangan walimatul urus, hati aku bersepai. Seperti pecahnya cawan kaca yang terjatuh dari meja kopi. Kacanya bertaburan, airnya tumpah berserakan. Seperti hati dan airmataku. Tiada siapa yang melihat melainkan Al-Khaliq. Si pengantin yang mengundang itu pun tidak akan tahu.

Kau tahu, apabila aku hadir ke majlis itu, aku terpesona dengan warna, reka bentuk dan tema pelamin si pengantin itu, perasaannya seperti akulah yang sedang bersanding di pelamin itu. Meriah. Seronok. Tapi jauh di sudut hati, lagi sakit aku melihat keintiman si pengantin bergaya sakan apabila berada di lensa kamera jurufoto.

"Alahai entah bila nak sampai giliran aku ni."

Di walimatul urus itu, aku memanjatkan doa berulang kali supaya tidak ditemukan dengan kawan-kawan atau makcik-makcik bermulut murai yang selalu menanyakan, "kau bila lagi ?"
Berdesing telinga aku mendengar soalan yang sama daripada mulut-mulut yang berbeza. Mahu saja aku jawabkan, "saya tunggu suami makcik yang meminang saya." Tetapi memandangkan aku sudah diajar untuk bersopan bila bersua yang lebih tua maka aku cuma diamkan atau sengih-sengih sahaja.

"Patutlah kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang !"
Pedih bukan ? Bila kau dilontarkan kata-kata sebegitu oleh orang yang pernah menyayangimu, seolah-olah aku sengaja tak mahu berkahwin padahal dialah yang meminta aku menunggunya dari tahun ke tahun dengan kata-kata yang sama, janji yang sama. Biasalah manusia, apabila sudah bertemu gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kau tahu ? Mahu saja aku sumpah seranah dia, tapi aku diamkan dan cuma mengharapkan Tuhan lah yang menilai dan memberi keputusan-Nya di dalam setiap akhir sujudku. Kerana yakinku seperti mana ayat-ayat hikmah pernah ku baca,
*Jangan sekali-kali kita menghina orang, selalunya balasan penghinaan itu kembali kepada diri sendiri, begitu lah yang kerap terjadi.*

Kerana aku yakin hidup ini balas-membalas, seperti aku juga pada masa lalu, pernah menyiat hati seorang lelaki. Padan muka aku kan ! Tiada yang lebih pedas dari kata-kata. Cili padi yang pedas pun boleh hilang pedasnya bila dikemamkan dengan gula. Tapi, kata-kata tak akan hilang bisanya dari telinga, hati dan kekal dalam ingatan selagi bernyawa. Kata hinaan sebegitu bukan senang untuk dimaafkan apa lagi hendak dilupakan. Sampai nafas telah direnggut pun, melainkan diduga dengan Amnesia.

"Kak, bukan kau saja yang belum bertemu jodoh, kawan-kawan aku sebaya kau, ramai yang lebih bangga masih bujang, bangga dengan pencapaian yang mereka dapat meskipun belum bertemu jodoh. Kau ada apa yang kami tiada, kak."

Ya. Perasaan aku saja. Macamlah dunia ini cuma tinggal aku saja yang belum bertemu pendamping hidup. Kesendirian ini adalah permit diberikan Allah untuk memanfaatkan waktu, bakat dan kemahiran untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat. Maka, untuk apa aku persiakan air mata menangisi ujian yang tidaklah sehebat mana ini.



Seperti maut yang menjemput ketika telah sampai ketetapan-Nya, maka berpulanglah jua kita.

Seperti jodoh yang digelisahkan apabila telah sampai ketetapan-Nya, bersatulah jua kita.

Maka apa perlu dimendungkan harimu
Dimurungkan kalbumu
Meneka-neki sesuatu yang bukan pada tanganmu ?



Sekadar menenangkan hati sendiri dan mungkin kamu, pembaca yang bujang. Aku tulis dan afirmasikan puisi ini di setiap bangun dan tidurku meski adakalanya rebah dalam rasa kesunyian. Itu normal kan ? Rebah dan bangkit semula. Dunia ini bukan semata-mata disibukkan dengan pertanyaan siapa jodohku, siapa jodohku ? Bukankah itu telah Allah tuliskan di Luh Mahfuz ? Menutup mulut tempayan lebih mudah daripada mulut manusia. Apabila ditanyakan lagi soalan yang sama, ada dua pilihan jawapan, diam dan senyum atau paling tidak, katakan, "Mungkin Allah masih mahu mendewasakan aku dengan pengalaman dan ilmu supaya tidak menjadi mangsa orang-orang salah di luar sana daripada kahwin awal tapi bercerai kemudian menambahkan fail kes di Mahkamah Syariah "

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar menjanjikan bahagia, apabila kita telah berada di dalamnya, barulah kita tahu.


8.06PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

29 April 2013

Pilihan itu Keperluan atau Kehendak??

Hidup kita sebagai hamba Allah ni sebenarnya masing-masing punya tujuan. Tujuan yang diharapkan menjadi kenyataan di suatu masa nanti. Aku ada tujuan, kau juga ada. Sekarang kau sedang melangkah menuju ke tujuan yang kau ingin kecapi. Alhamdulillah:) Tapi aku masih belum. Melangkah cuma sedikit kemudian berhenti dan tidak meneruskan langkah itu. Tanpa semangat itu aku tidak mampu untuk melangkah lagi. Sedangkan aku tahu, tanpa semangat itu aku juga harus maju. Membuktikan tujuan aku itu mampu untuk aku kecapi. Mungkin bersama dan mungkin tidak. Sentiasa redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Walaupun itu adalah takdir, tapi aku akan terus berusaha agar takdir itu boleh berubah. Mengikut usaha yang dilakukan beserta doa, juga kemampuan diri masing-masing. Kerana itu adalah pilihan aku. Pilihan itu adalah berdasarkan apa? Keperluan atau Kehendak? Bagi aku dua-dua penting. Tanpa kehendak, aku tidak akan memiliki apa yang aku perlukan. Dan tanpa apa yang aku perlu, aku tidak boleh memiliki apa yang aku hendak. Yang pasti, apa yang aku perlu dan apa yang aku hendak, aku pasti akan milikinya. Berdoa dan terus berusaha......
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

04 April 2013

April Be Nice !

Assalamualaikum
(^_^)

Macam dah lama ain tak update blog ni kan? Habis jak episod Cerita Kita 1, 2 & 3, ain terus stop update. Update pun pasal join contest jak. Belum ada cerita lagi. Biasa la tu. Dan kenapa hari ni ain tergerak hati untuk update blog ni. Sebabnya.........................................................

jeng jeng jeng !

Hari ni ain teringin nak bagitahu mereka semua yang ain dah start kerja. April be nice la kat ain. Thanks April ! Permulaan kerja yang menyeronokkkan bagi ain sebab semuanya baik-baik belaka. Bos pun baik juga. Ain tak ada lah kerja kerajaan pun, syarikat swasta je. Tapi syarikat ni macam dapat keuntungan yang besar tau. Projek pun macam-macam jenis. Alhamdulillah. Sekadar cari pengalaman dan sebagai permulaan sebagai seorang pekerja, rasanya boleh lah sebelum ain pergi lebih jauh. Dalam pejabat ni memang tak ramai staff. Lima orang je termasuk pengarah urusan (bos besar la tu) dan dah termasuk ain sendiri. Semua baik ! Jawatan-jawatan yang ada kat pejabat ain ni tak banyak mana pun. Masing-masing pun satu jawatan je. Pengarah, akauntan, pembantu akauntan/kerani akaun, setiausaha/kerani admin dan office boy. Sangat sikit. Ain dengan kak Alia (admin) je perempuan, yang lain tu kaum-kaum Adam. Tu yang ada dalam pejabat dan mereka juga lah yang ain akan tengok dan jumpa setiap waktu pejabat. Kalau pekerja-pekerja yang di luar tu, ain tak kenal dan tak tahu lagi. Nanti kalau ain dah buat slip gaji, ain tahu lah siapa pekerja yang di luar tu. Tapi rasanya ain tak akan jumpa dorang tu.

Sebenarnya, sekarang ni ain masih lagi dalam training. In Sha Allah, hari jumaat ni ain boleh jadi pekerja yang betul-betul pekerja. Jawatan ain dalam syarikat tu, kerani akaun. Just tolong-tolong akauntan buat kerja sebab tak cukup tangan kalau dia yang buat semua kerja tu. Tapi, kerja yang dia buat tu lagi susah dari yang ain buat. Setakat ni kerja yang ain buat : buat payment voucher, buat cek untuk pembayaran, fail dokumen, buat invoice untuk rental, rekod & update data (lejar, petty cash, payment). Lepas ni ain akan buat gaji untuk pekerja. Tapi tunggu lah pertengahan atau hujung bulan. Semua bank-in terus. So, kerja tak lah susah mana. Cuma masalah menfailkan dokumen tu masih terkapai-kapai lagi lah. Confuse resit nak bagi masuk dalam file mana. Tapi ain try my best lah. Harap-harap boleh buat semua kerja. In Sha Allah.
Rasanya sampai sini lah story pasal kerja ni.

p/s : Entry semalam yang ain save dalam draft sebab belum siap update. Petang tadi sempat edit sikit kat opis tapi tak sempat publish. hehe :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini