Assalamualaikum
(^_^)
Hari ni baru ada masa nak buat sambungan untuk entry INI dan INI. Lama ke tunggu? Ke memang tak tunggu pun. hehe. Malunya ain. Okay lah, ain tak mahu panjangkan cerita. Just direct to the point. Entry hari tu full cerita pasal holiday kan? Dan entry ini pula akan bercampur, holiday dan juga convocation. Sebab kat entry ni ain akan cerita kan pengalaman semasa dalam dewan konvo tu, sekali dengan masa bercuti (kalau sempat).
Majlis macam ni mungkin ramai yang nantikan. Macam ain lah juga. Bukan ain sahaja tau, abah dan umi ain pun memang menanti saat-saat macam ni. Walaupun sijil tu bukan lah Degree, Master or PHD, sekurang-kurangnya ain berjaya untuk buat abah dan umi tersenyum melihat kejayaan ain. Dan sebagai anak sulung, ain dapat lah menjadi contoh kepada adik-adik ain yang dua orang tu lagi. Adik ain yang seorang tu memang dah ikut jejak langkah kakak dia lah. Tinggal tunggu dia lagi yang konvo. Teruskan usaha mu wahai adik :)
Em, rasanya ain tak dapat nak ceritakan semua pengalaman sepanjang konvo tu sebab keadaan tak mengizinkan. Ain tak berapa nak sihat lah. Flu virus ! Cuma ain singkatkan cerita. Masa pergi konvo di UTM tu, budak kos ain (Diploma Pengurusan Teknologi-Perakaunan) cuma empat orang sahaja. Sangat kesian lah kami masa tu. Budak kos lain semua ramai, lebih dari lima orang. So, bagi ain, kemeriahan masa tu memang kurang.
***************************************************************************************************
Entry yang entah berapa lama dalam draft. Hari ni baru dapat sambung menaip. Okay, terus kepada cerita. Masa majlis konvo hari tu memang meriah lah juga. Campur dengan ramai student dari kolej lain lagi. Tersangat lah ramai. Bila giliran kolej ain naik, memang ain dah penuh debaran. Macam kaki ni rasa tak berpijak atas lantai. Dah macam terapung-apung atas air. Memang nervous lah masa tu. Nervous masa dah nak berdiri, sambung lagi masa dah berbaris. Naik atas pentas tu tak payah cakap lagi lah. Tapi alhamdulillah ain dapat mengatasi nervous tu bila dah terima sijil. Tersenyum. Pas tu jalan sambil tersengih-sengih. Haha. Dah mula rasa lucu masa tu. Badan pun dah jadi lembut balik. Senyum je lah sepanjang ain nak turun tu sebab ada kamera kat depan.
Bila semua dah selesai. Ain still duduk dalam dewan tu sebab isi borang Pos Laju untuk pengiriman gambar konvo. Masa keluar tu ain tengok memang ramai orang. Ada yang dengan family, ada yang masih sendiri. Macam ain lah tu. Sendiri sibuk cari parents. Huh ! Masa tu memang sedih, sakit hati, semua lah ada. Mana tidak, keluar dari dewan tengok-tengok hujan. Dapat tak bayangkan masa tu suasana dia macam mana??? Dah lah ain belum jumpa parents ain lagi. Memang sedih lah kan. Dan mood happy lepas konvo tu bertambah-tambah hilang bila line Celcom buat hal. Busy ! Bayangkan lagi macam mana susahnya ain time tu. Bukan ain je yang susah lah, parents pun terasa susahnya. Dugaan betul. Okay, STOP !
Pasal gambar lepas konvo tu lagi. Em, gambar personal lah kot. Memang kurang. Ye lah, dah budak kelas pun sikit, lepas tu dengan hujan-hujan tu lagi. Macam mana nak ambil gambar?? Dengan mood yang dah hilang. Memang ain dah malas nak snap-snap. Adik-adik pun semua dah balik bilik. Semangat nak ambil gambar tu memang low. Ain harap adik lelaki ain tu, tapi dia tak ada masa tu. Ain pun nak juga ambil gambar dengan family semua. Tapi nak buat macam mana lagi, dengan keadaan macam tu memang payah sikit lah. Ambil gambar pun sikit-sikit je lah. Lagipun dah ada gambar studio. Rasanya dah cukup lah. Tu lah jadi kenangan kami sekeluarga.
Okay, tu je lah kot. Ada lagi Part 3 tau. Nak cerita pasal 'boyfriend' yang ain terjumpa kat KL.
Bye !
p/s : hari ni macam tak ada mood sangat nak buat entry panjang-panjang. cerita pun tak berapa nak best. hmm.
Tweet
tahniah... :) moga terus brjaya dlm apa jua bidang
ReplyDeleteSalam..tahniah dan tahniah kerana berjaya menggembirakan hati ibubapa. Perjalanan mencari ilmu tetap terbuka luas bg mereka yang ingin mencari. Semoga sentiasa success di masa hadapan.
ReplyDeletenikmathidupsihat.blogspot.com
Hai ain.. done follow sini no. 73
ReplyDeleteDo foll8w me back yunk? Heeee...
http://tengkubutang.blogspot.com/