! ✿ Secret Love of Ain ✿ !

Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

15 March 2017

Hari-Hari Di Sini

Masa berlalu terlalu cepat atau aku yang merasakan masa itu terlalu pantas meninggalkan aku. Kadang-kadang aku sendiri kurang pasti, kenapa aku boleh sampai ke sini ? Kenapa aku ditakdirkan untuk mencari rezeki di sini. Di tempat ini, tempat yang terasa jauh sekali yang tak pernah aku fikir. Sungguh. Payah yang teramat nak memujuk hati ummi yang tak mahu aku dan adik-adik berjauhan sampai ke sini. Belajar mahupun kerja. Tapi hidup ini pastinya sudah tertulis sebab Allah dah rancangkan rezeki aku di tempat orang ni masa dah habis study, masa nak bekerja. Alhamdulillah. Walaupun inilah yang dinamakan takdir. Ada sebab kenapa aku sampai ke sini. Ingin berkongsi cerita sedikit apakah ini takdir untuk aku, untuk kami dan untuk mereka, tapi biarkan lah. Tidak perlu dihuraikan di sini.

Itu kisah lama. Tapi tidak terlalu lama. Tidak juga terlalu baru. Cerita yang masih terkesan di dalam hati. Yang kadang-kadang berkait dengan apa yang aku cuba lakukan. Hati yang tidak selalu tabah, sabar. Ada masanya hati terasa lemah, hendak menangis. Namun aku kuatkan walaupun terkadang butiran jernih itu jatuh akhirnya, biarkan, itu cara aku. Dengan cara aku itu boleh memberi sedikit kekuatan.

Ah ! Tak penting pun.
Lebih baik aku bercerita tentang mereka yang datang menceriakan hari-hari aku di sini.
Terima kasih.

11.17AM
Pasir Gudang, Johor

p/s : Post ni lama save kat draft, sejak 16 Oktober 2015 lagi :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

17 April 2015

Kisah Kita

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi
Membisu aku kerana buntu
Tak dapatku memutuskan kisah kita

Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Kisah kita ternyata cuma sebentar


2:21PM
Lahad Datu, Sabah

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

10 April 2015

17092011

Permulaan lapan angka yang tidak pernah aku fikirkan
Lapan angka yang bermula dengan kegembiraan
Lapan angka yang menjadi penyebab aku rasa sakit
Lapan angka yang dipenuhi dengan banyak kenangan
Lapan angka yang masih memberi kesan yang terlalu dalam untuk aku
Dan lapan angka itu yang membawa seribu makna dalam sesebuah perhubungan untuk dihargai


Terima kasih untuk lapan angka
Terima kasih kerana pernah memberi rasa ini
Terima kasih kerana memberi ruang hati untuk diisi


1.11PM
Bandar Penawar, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

09 March 2015

Aku

Kadang-kadang aku rasa macam diri ni dah matang, tapi kadang-kadang tu aku rasa macam diri ni masih macam budak-budak. Kadang-kadang aku rasa macam diri ni boleh buat sesuatu perkara yang boleh memuaskan diri dan hati sendiri. Tapi hakikatnya tak semua keputusan yang tu dapat memuaskan hati orang lain. Kadang-kadang aku terasa macam aku boleh buat sesuatu benda tu seorang diri, tanpa minta pertolongan orang lain. Tapi hakikatnya aku tak ada daya untuk melakukannya sendiri.

Aku tak boleh tipu laa, sekarang ni macam-macam benda aku alami dalam jangka masa umur aku yang masih muda. Eh, muda lagi ke ? hihi. Aku pun tak tau kenapa aku alami benda-benda ni semua seawal usia aku yang lepas dan sekarang ni. Tuhan sengaja mau menguji tahap kesabaran, ketabahan dan kekentalan hati aku. Mungkin. Sebab Tuhan itu tahu segala-galanya.
Hanya DIA yang boleh mengaturkan segala-galanya. Perjalanan hidup aku sekarang ni pun sudah dirancang oleh-Nya seawal-awal usia aku. Aku pula ? Cuma manusia yang menjadi pelakon bagi melengkapkan apa yang sudah dirancang-Nya dalam hidup ini,

Aku harus bersyukur, kerana aku sudah boleh bernafas lega.
Aku harus bersyukur, kerana aku sudah boleh berdikari dan berani terbang di atas sayap sendiri.
Aku harus bersyukur, kerana aku dikurniakan family yang boleh fahami aku.


1.22PM
Pasir Gudang, Johor.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

29 January 2015

Teka Teki Tanpa Jawapan

Kau tahu, setiap kali aku terima kad undangan walimatul urus, hati aku bersepai. Seperti pecahnya cawan kaca yang terjatuh dari meja kopi. Kacanya bertaburan, airnya tumpah berserakan. Seperti hati dan airmataku. Tiada siapa yang melihat melainkan Al-Khaliq. Si pengantin yang mengundang itu pun tidak akan tahu.

Kau tahu, apabila aku hadir ke majlis itu, aku terpesona dengan warna, reka bentuk dan tema pelamin si pengantin itu, perasaannya seperti akulah yang sedang bersanding di pelamin itu. Meriah. Seronok. Tapi jauh di sudut hati, lagi sakit aku melihat keintiman si pengantin bergaya sakan apabila berada di lensa kamera jurufoto.

"Alahai entah bila nak sampai giliran aku ni."

Di walimatul urus itu, aku memanjatkan doa berulang kali supaya tidak ditemukan dengan kawan-kawan atau makcik-makcik bermulut murai yang selalu menanyakan, "kau bila lagi ?"
Berdesing telinga aku mendengar soalan yang sama daripada mulut-mulut yang berbeza. Mahu saja aku jawabkan, "saya tunggu suami makcik yang meminang saya." Tetapi memandangkan aku sudah diajar untuk bersopan bila bersua yang lebih tua maka aku cuma diamkan atau sengih-sengih sahaja.

"Patutlah kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang !"
Pedih bukan ? Bila kau dilontarkan kata-kata sebegitu oleh orang yang pernah menyayangimu, seolah-olah aku sengaja tak mahu berkahwin padahal dialah yang meminta aku menunggunya dari tahun ke tahun dengan kata-kata yang sama, janji yang sama. Biasalah manusia, apabila sudah bertemu gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kau tahu ? Mahu saja aku sumpah seranah dia, tapi aku diamkan dan cuma mengharapkan Tuhan lah yang menilai dan memberi keputusan-Nya di dalam setiap akhir sujudku. Kerana yakinku seperti mana ayat-ayat hikmah pernah ku baca,
*Jangan sekali-kali kita menghina orang, selalunya balasan penghinaan itu kembali kepada diri sendiri, begitu lah yang kerap terjadi.*

Kerana aku yakin hidup ini balas-membalas, seperti aku juga pada masa lalu, pernah menyiat hati seorang lelaki. Padan muka aku kan ! Tiada yang lebih pedas dari kata-kata. Cili padi yang pedas pun boleh hilang pedasnya bila dikemamkan dengan gula. Tapi, kata-kata tak akan hilang bisanya dari telinga, hati dan kekal dalam ingatan selagi bernyawa. Kata hinaan sebegitu bukan senang untuk dimaafkan apa lagi hendak dilupakan. Sampai nafas telah direnggut pun, melainkan diduga dengan Amnesia.

"Kak, bukan kau saja yang belum bertemu jodoh, kawan-kawan aku sebaya kau, ramai yang lebih bangga masih bujang, bangga dengan pencapaian yang mereka dapat meskipun belum bertemu jodoh. Kau ada apa yang kami tiada, kak."

Ya. Perasaan aku saja. Macamlah dunia ini cuma tinggal aku saja yang belum bertemu pendamping hidup. Kesendirian ini adalah permit diberikan Allah untuk memanfaatkan waktu, bakat dan kemahiran untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat. Maka, untuk apa aku persiakan air mata menangisi ujian yang tidaklah sehebat mana ini.



Seperti maut yang menjemput ketika telah sampai ketetapan-Nya, maka berpulanglah jua kita.

Seperti jodoh yang digelisahkan apabila telah sampai ketetapan-Nya, bersatulah jua kita.

Maka apa perlu dimendungkan harimu
Dimurungkan kalbumu
Meneka-neki sesuatu yang bukan pada tanganmu ?



Sekadar menenangkan hati sendiri dan mungkin kamu, pembaca yang bujang. Aku tulis dan afirmasikan puisi ini di setiap bangun dan tidurku meski adakalanya rebah dalam rasa kesunyian. Itu normal kan ? Rebah dan bangkit semula. Dunia ini bukan semata-mata disibukkan dengan pertanyaan siapa jodohku, siapa jodohku ? Bukankah itu telah Allah tuliskan di Luh Mahfuz ? Menutup mulut tempayan lebih mudah daripada mulut manusia. Apabila ditanyakan lagi soalan yang sama, ada dua pilihan jawapan, diam dan senyum atau paling tidak, katakan, "Mungkin Allah masih mahu mendewasakan aku dengan pengalaman dan ilmu supaya tidak menjadi mangsa orang-orang salah di luar sana daripada kahwin awal tapi bercerai kemudian menambahkan fail kes di Mahkamah Syariah "

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar menjanjikan bahagia, apabila kita telah berada di dalamnya, barulah kita tahu.


8.06PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini