Mengapa berpaut pada kenangan, sedang impian boleh digapai

15 March 2017

Hari-Hari Di Sini

Masa berlalu terlalu cepat atau aku yang merasakan masa itu terlalu pantas meninggalkan aku. Kadang-kadang aku sendiri kurang pasti, kenapa aku boleh sampai ke sini ? Kenapa aku ditakdirkan untuk mencari rezeki di sini. Di tempat ini, tempat yang terasa jauh sekali yang tak pernah aku fikir. Sungguh. Payah yang teramat nak memujuk hati ummi yang tak mahu aku dan adik-adik berjauhan sampai ke sini. Belajar mahupun kerja. Tapi hidup ini pastinya sudah tertulis sebab Allah dah rancangkan rezeki aku di tempat orang ni masa dah habis study, masa nak bekerja. Alhamdulillah. Walaupun inilah yang dinamakan takdir. Ada sebab kenapa aku sampai ke sini. Ingin berkongsi cerita sedikit apakah ini takdir untuk aku, untuk kami dan untuk mereka, tapi biarkan lah. Tidak perlu dihuraikan di sini.

Itu kisah lama. Tapi tidak terlalu lama. Tidak juga terlalu baru. Cerita yang masih terkesan di dalam hati. Yang kadang-kadang berkait dengan apa yang aku cuba lakukan. Hati yang tidak selalu tabah, sabar. Ada masanya hati terasa lemah, hendak menangis. Namun aku kuatkan walaupun terkadang butiran jernih itu jatuh akhirnya, biarkan, itu cara aku. Dengan cara aku itu boleh memberi sedikit kekuatan.

Ah ! Tak penting pun.
Lebih baik aku bercerita tentang mereka yang datang menceriakan hari-hari aku di sini.
Terima kasih.

11.17AM
Pasir Gudang, Johor

p/s : Post ni lama save kat draft, sejak 16 Oktober 2015 lagi :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

17 April 2015

Kisah Kita

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi
Membisu aku kerana buntu
Tak dapatku memutuskan kisah kita

Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Kisah kita ternyata cuma sebentar


2:21PM
Lahad Datu, Sabah

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

10 April 2015

17092011

Permulaan lapan angka yang tidak pernah aku fikirkan
Lapan angka yang bermula dengan kegembiraan
Lapan angka yang menjadi penyebab aku rasa sakit
Lapan angka yang dipenuhi dengan banyak kenangan
Lapan angka yang masih memberi kesan yang terlalu dalam untuk aku
Dan lapan angka itu yang membawa seribu makna dalam sesebuah perhubungan untuk dihargai


Terima kasih untuk lapan angka
Terima kasih kerana pernah memberi rasa ini
Terima kasih kerana memberi ruang hati untuk diisi


1.11PM
Bandar Penawar, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

09 March 2015

Aku

Kadang-kadang aku rasa macam diri ni dah matang, tapi kadang-kadang tu aku rasa macam diri ni masih macam budak-budak. Kadang-kadang aku rasa macam diri ni boleh buat sesuatu perkara yang boleh memuaskan diri dan hati sendiri. Tapi hakikatnya tak semua keputusan yang tu dapat memuaskan hati orang lain. Kadang-kadang aku terasa macam aku boleh buat sesuatu benda tu seorang diri, tanpa minta pertolongan orang lain. Tapi hakikatnya aku tak ada daya untuk melakukannya sendiri.

Aku tak boleh tipu laa, sekarang ni macam-macam benda aku alami dalam jangka masa umur aku yang masih muda. Eh, muda lagi ke ? hihi. Aku pun tak tau kenapa aku alami benda-benda ni semua seawal usia aku yang lepas dan sekarang ni. Tuhan sengaja mau menguji tahap kesabaran, ketabahan dan kekentalan hati aku. Mungkin. Sebab Tuhan itu tahu segala-galanya.
Hanya DIA yang boleh mengaturkan segala-galanya. Perjalanan hidup aku sekarang ni pun sudah dirancang oleh-Nya seawal-awal usia aku. Aku pula ? Cuma manusia yang menjadi pelakon bagi melengkapkan apa yang sudah dirancang-Nya dalam hidup ini,

Aku harus bersyukur, kerana aku sudah boleh bernafas lega.
Aku harus bersyukur, kerana aku sudah boleh berdikari dan berani terbang di atas sayap sendiri.
Aku harus bersyukur, kerana aku dikurniakan family yang boleh fahami aku.


1.22PM
Pasir Gudang, Johor.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

29 January 2015

Teka Teki Tanpa Jawapan

Kau tahu, setiap kali aku terima kad undangan walimatul urus, hati aku bersepai. Seperti pecahnya cawan kaca yang terjatuh dari meja kopi. Kacanya bertaburan, airnya tumpah berserakan. Seperti hati dan airmataku. Tiada siapa yang melihat melainkan Al-Khaliq. Si pengantin yang mengundang itu pun tidak akan tahu.

Kau tahu, apabila aku hadir ke majlis itu, aku terpesona dengan warna, reka bentuk dan tema pelamin si pengantin itu, perasaannya seperti akulah yang sedang bersanding di pelamin itu. Meriah. Seronok. Tapi jauh di sudut hati, lagi sakit aku melihat keintiman si pengantin bergaya sakan apabila berada di lensa kamera jurufoto.

"Alahai entah bila nak sampai giliran aku ni."

Di walimatul urus itu, aku memanjatkan doa berulang kali supaya tidak ditemukan dengan kawan-kawan atau makcik-makcik bermulut murai yang selalu menanyakan, "kau bila lagi ?"
Berdesing telinga aku mendengar soalan yang sama daripada mulut-mulut yang berbeza. Mahu saja aku jawabkan, "saya tunggu suami makcik yang meminang saya." Tetapi memandangkan aku sudah diajar untuk bersopan bila bersua yang lebih tua maka aku cuma diamkan atau sengih-sengih sahaja.

"Patutlah kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang !"
Pedih bukan ? Bila kau dilontarkan kata-kata sebegitu oleh orang yang pernah menyayangimu, seolah-olah aku sengaja tak mahu berkahwin padahal dialah yang meminta aku menunggunya dari tahun ke tahun dengan kata-kata yang sama, janji yang sama. Biasalah manusia, apabila sudah bertemu gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kau tahu ? Mahu saja aku sumpah seranah dia, tapi aku diamkan dan cuma mengharapkan Tuhan lah yang menilai dan memberi keputusan-Nya di dalam setiap akhir sujudku. Kerana yakinku seperti mana ayat-ayat hikmah pernah ku baca,
*Jangan sekali-kali kita menghina orang, selalunya balasan penghinaan itu kembali kepada diri sendiri, begitu lah yang kerap terjadi.*

Kerana aku yakin hidup ini balas-membalas, seperti aku juga pada masa lalu, pernah menyiat hati seorang lelaki. Padan muka aku kan ! Tiada yang lebih pedas dari kata-kata. Cili padi yang pedas pun boleh hilang pedasnya bila dikemamkan dengan gula. Tapi, kata-kata tak akan hilang bisanya dari telinga, hati dan kekal dalam ingatan selagi bernyawa. Kata hinaan sebegitu bukan senang untuk dimaafkan apa lagi hendak dilupakan. Sampai nafas telah direnggut pun, melainkan diduga dengan Amnesia.

"Kak, bukan kau saja yang belum bertemu jodoh, kawan-kawan aku sebaya kau, ramai yang lebih bangga masih bujang, bangga dengan pencapaian yang mereka dapat meskipun belum bertemu jodoh. Kau ada apa yang kami tiada, kak."

Ya. Perasaan aku saja. Macamlah dunia ini cuma tinggal aku saja yang belum bertemu pendamping hidup. Kesendirian ini adalah permit diberikan Allah untuk memanfaatkan waktu, bakat dan kemahiran untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat. Maka, untuk apa aku persiakan air mata menangisi ujian yang tidaklah sehebat mana ini.



Seperti maut yang menjemput ketika telah sampai ketetapan-Nya, maka berpulanglah jua kita.

Seperti jodoh yang digelisahkan apabila telah sampai ketetapan-Nya, bersatulah jua kita.

Maka apa perlu dimendungkan harimu
Dimurungkan kalbumu
Meneka-neki sesuatu yang bukan pada tanganmu ?



Sekadar menenangkan hati sendiri dan mungkin kamu, pembaca yang bujang. Aku tulis dan afirmasikan puisi ini di setiap bangun dan tidurku meski adakalanya rebah dalam rasa kesunyian. Itu normal kan ? Rebah dan bangkit semula. Dunia ini bukan semata-mata disibukkan dengan pertanyaan siapa jodohku, siapa jodohku ? Bukankah itu telah Allah tuliskan di Luh Mahfuz ? Menutup mulut tempayan lebih mudah daripada mulut manusia. Apabila ditanyakan lagi soalan yang sama, ada dua pilihan jawapan, diam dan senyum atau paling tidak, katakan, "Mungkin Allah masih mahu mendewasakan aku dengan pengalaman dan ilmu supaya tidak menjadi mangsa orang-orang salah di luar sana daripada kahwin awal tapi bercerai kemudian menambahkan fail kes di Mahkamah Syariah "

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar menjanjikan bahagia, apabila kita telah berada di dalamnya, barulah kita tahu.


8.06PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

Rahsia Tuhan

Pada saat kita melakukan kebaikan, adakah kebaikan itu akan kembali semula kepada kita ?
Itu rahsia DIA - TUHAN.
Ini cerita lama. Cukup lama. Namun cukup untuk saya faham tentang sesuatu.

Dekat tapi terasa jauh
Airmata saya sudah mengalir
Perlahan dan kemudian laju
Saya terasa sangat kecil
Sangat kerdil
Sangat hina

5.29PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

27 January 2015

Tiba Saatnya

Akan tiba satu saat
Kau rasa kehilangan
Kau rasa tak dihargai.

Kau penat
Kau rebah
Kau menangis

Dan
Aku laluinya
Sekarang
Kerana aku tau aku diuji

5.13PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

24 January 2015

Terima Kasih

Terima kasih pernah datang, lalu menghilang
Terima kasih pernah ada, lalu tiada
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur
Terima kasih pernah meninggikan harap, lalu menjatuhkan
Terima kasih pernah mendekat, lalu menjauh
Terima kasih pernah peduli, lalu tak acuh
Terima kasih !!

9.42AM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

23 January 2015

Kalau Saja

Kalau saja masa itu boleh di undur
Kalau saja pertemuan itu boleh di batal
Kalau saja perasaan itu boleh di buang
Kalau saja rindu itu boleh di henti
Kalau saja cinta itu boleh di halang.

Pastinya

Tiada masa yang terbuang
Tiada pertemuan yang kebetulan
Tiada perasaan yang terluka
Tiada rindu yang mendatang
Tiada cinta yang akhirnya menyakitkan.

5.30PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

19 January 2015

...

Berkias, orang tak faham.
Berterus terang, orang tak dapat hadam.
Diam, orang tanya kenapa diam.
Senyum, biar orang tak tahu apa yang dipendam.


5.41PM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

17 January 2015

Cari

Mencari senyum dalam mata itu
Mencari kasih yang pernah tersimpan buatku
Mencari harap di setiap tertembung malu
Mencari aku di dalam kamu seolah dulu.

Mencari damai di kejauhan yang dekat
Mencari rindu yang ku tanggung sarat
Mencari cinta yang kau tutup rapat
Mencari aku yang sedang tersiat-siat.

Mencari kamu yang hilang di dalamnya
Mencari jiwa kau sembunyi tak bersuara
Mencari gagah untuk aku tumpang sama
Mencari aku yang kerananya jadi gila.

Mencari bunyi yang tak tahu pagi petangnya
Mencari aku hari kamu yang tak kena masanya
Mencari sabar berpanjangan sentiasa
Mencari kenangan yang dilakar bersama.

Hari ini
Minggu ini
Bulan ini
Tahun ini
Aku masih mencari
Mencari dalam anak mata itu
Mencari aku
Mencari kamu
Yang dulu.


9.37AM
Pasir Gudang, Johor

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

23 September 2014

Rasa Ini




Sakit ?
Ya sakit, terlalu sakit ! Seringkali diserang penyakit sebegini rupa.

Penat ?

Yes penat ! Penat dengan keadaan sekeliling, rasa penat nak bersuara, penat nak ulang benda yang sama.

Diamkan diri ?

Rasa jauh betul kalau diam. Rasa macam...
Emm ??

Pilu ?

Ntah laa. Arghhh !!

Pelik ?

Ya. Memang pelik. Aku pelik dengan semua.

Harapan ?

Selagi mampu, selagi itu ada harapan.

Risau ?

Apa yang perlu dirisaukan ? Allah kan sentiasa ADA.


11.05AM
Pasir Gudang, JB.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

28 February 2014

Tiada Jaminan Hati

Eh ?
Aku nak tanya kau ni.
Kau rasa hati kau boleh jamin tak ??


Hari ni kau cakap tidak suka

Esok lusa kau cakap suka.

Hari ni kau cakap suka

Esok lusa kau cakap tidak suka.


Hah !! Rasa-rasa ada jaminan tak hati kau tu tidak akan berubah.

Cuba fikir kan.


* Penerangan dibuat dari seorang teman. Aku juga baru tahu dan terfikir. Memang betul hati ni tiada jaminan.

04:11PM
Kota Kinabalu


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

26 February 2014

Lari

Lari.

Itu yang mampu kau lakukan.


Saat disakiti, dilukai.


Hanya mampu untuk lari.


Dia tak peduli.





Lari sekuat hati.


Tak payah patah balik.


Nanti kau penat.


Kau dapat lelah.


Dia buat bodoh.





Lari sejauh mungkin.


Tinggalkan realiti menyakitkan.


Kenyataan memeritkan.


Lari sampai tiada penghujung.





Menangis.


Kau hanya mampu menangis.


Seperti anak kecil.


Menangis di satu sudut kecil.


Menangis sampai kau letih.





Sampai bila berlari ?


Sampai kau tak mampu.




Lari.


Aku kata lari.


Jangan pandang belakang.


Lupakan dia.


Dia sudah bahagia.






11:58AM

Kota Kinabalu

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

29 November 2013

Sedetik Waktu Seribu Kenangan

Melihat apa yang kau miliki, jujur aku cemburu. Aku tahu aku juga akan memilikinya, sama seperti kau. Juga sama seperti keinginan kita suatu ketika dahulu. Tetapi aturan Allah itu terlalu sukar untuk kita ubah. Inilah takdir kita. Punyai rasa sayang yang sama, tetapi tidak mampu untuk menjadikan ia sebuah cerita yang paling indah. Kau melihat aku tersenyum. Ya, pada zahirnya kau melihat senyuman. Tetapi ada yang tersembunyi di sebalik senyuman itu.

Aku tipu ! Aku tipu !

Aku bukan tersenyum. Hati aku menangis kesedihan. Tidak perlu ditanya kenapa aku bersedih. Aku akan tetap terus tersenyum ketika melihat kau. Membuang perasaan lemah dalam diri ini akan aku cuba sedaya upaya aku.

Aku kuat ! Semangat aku tinggi !

Walaupun aku sedang menangis ketika ini. Aku menangis bersebab. Ingin memberi kekuatan dalam diri ini untuk terus hidup walaupun hakikatnya aku lemah. Terlalu lemah untuk melalui semua ujian ini. Tetapi aku yakin Allah tidak akan memberi ujian kepada aku di luar kemampuan aku.

Menangis meratapi nasib itu bukan aku. Tetapi aku menangis untuk meleraikan apa yang terpendam. Menjadi satu luka sekiranya aku memendam dan menyimpan. Tidak selamanya aku perlu menyimpan rasa itu. Masa kita sudah habis, tamat di pertengahannya. Aku hanya mampu menadah tangan lalu mendoakan kebahagiaan untuk diri aku sendiri, juga untuk diri kau.

'Mungkin bukan jodoh. Atau mungkin tiada jodoh. Aku pasrah. Pasti ada yang terbaik. Terima kasih Allah, atas kebahagiaan yang telah Kau berikan kepada kami walaupun ia hanya sedetik waktu. Sedetik waktu yang Kau berikan kepada kami itu telah memberi seribu kenangan. Juga seribu pengajaran serta kekuatan kepada aku.'

:')
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

25 October 2013

Holiday + Convocation Day (Part 3 : Jumpa 'Boyfriend')

Assalamualaikum
(^_^)

Ini adalah part yang terakhir untuk sambungan entry PART 1 dan PART 2 seperti macam title kat atas tu. Lama juga baru ada masa nak buat entry kali ni. Kepada yang sabar menunggu tu, terima kasih banyak-banyak sebab masih setia tunggu sambungan entry ni. Entry kali ni mungkin tak lah best mana, tapi ain yakin ada di antara mereka yang baca entry ni akan ada rasa cemburu sikit sebab ain terjumpa dengan seseorang yang agak terkenal juga lah. Terutamanya kaum hawa. hehe. Sebenarnya ain tak terfikir pun akan terjumpa 'dia' kat situ. Ya la, amat mustahil untuk jumpa golongan macam tu. Kan sebelum tu ain dah pergi Melaka dan Skudai, so masa dah balik dari Skudai tu, ain dan family kembali ke KL sebelum balik ke Sabah. Masa kat KL tu memang kaki pun tak pandai duduk diam. Macam-macam tempat kami pergi. Ain dengan adik lelaki tu tak ada lah baru sangat berjalan. Sebab sebelum ni pun parents ain dah pernah bawa jalan-jalan kat KL tu. Walaupun ada beberapa tempat yang ain dengan adik dah pergi, tapi kami tetap ikut berjalan. Abah dengan umi bawa pergi tempat yang sama tu pun sebab adik bongsu dengan adik ketiga tu tak pernah sampai lagi kat KL. Kami pun pergi lah berjalan ke KL Tower. Hah ! Masa kat KL Tower tu lah ain jumpa 'boyfriend' tu. Masa tu ain tengah berdiri tengok family ambil gambar. Masa tu memang ain ada terpandang kat seorang mamat ni. Memang dalam hati cakap, 'hensem nya !'. Tak perasan lagi masa tu. Tiba-tiba adik lelaki ain yang tengah duduk kat situ panggil ain. Dia tunjuk lah kat lelaki tu, 'kak tengok sana tu. Kenal ka siapa lelaki tu?' Ain pun pandang lah lelaki yang adik tunjuk tu, dalam hati ckp 'tu lelaki yang tadi'. Tiba-tiba bersuara, 'IKRAM !' Bukan lagi nama dia ain sebut, nama dalam watak Setia Hujung Nyawa yang ain ingat. Ain bukan minat sangat pun kat dia tu. Tapi bila dah terjumpa, huh ! Memang tak tahu nak luah macam mana lagi. Memang hensem ! Peramah lagi. Tapi masih tak berapa minat. Kalau Shaheizy Sam, mungkin lah. huhu. Apa pun ain tetap happy sebab dapat jumpa Hairul Azreen tu. Ain pun tak boleh nak taip panjang-panjang sebab banyak kerja ain kena buat. Jom lah scroll down tengok kenangan-kenangan ain bersama 'Ikram'. Jangan cemburu dah lah yee. hehe




Okay. Cukup lah dua gambar tu je. K bai !

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

02 August 2013

Happy Birthday Sayang !

Assalamualaikum
(^_^)

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Azie
Happy birthday to you !

Lagu birthday kat atas tu ain tujukan khas buat salah seorang sahabat yang kiranya paling dekat juga dengan ain. Sebab ain ada lagi beberapa orang sahabat yang lain. Tak perlu dinyatakan. Cukup ain yang tahu siapa sahabat itu. Dan entry ini juga adalah entry ucapan dan entry berbalas yang pertama ain buat.

Selamat hari lahir Cik Norazila binti Maulihasan. Haha. Nampaknya sahabat aku seorang ni dah seumur dengan aku dah. Dua puluh dua tahun. Tiada kakak kakak lagi ya. Even kau memang muda dari aku. Beza hari je pun.
Sahabat.. Semoga kau di panjangkan umur. Dimurahkan rezeki (nanti boleh belanja aku makan. hehe). Sentiasa berada dalam keadaan gembira bersama mereka mereka yang kau sayang (termasuk aku lah juga tu kan). Sentiasa diredhai Allah S.W.T. Aminn. Dan dapat capai apa yang kau impikan dan hajati selama ni. Tiada apa yang aku boleh bagi untuk kau sahabat. Melainkan doa dari aku sebagai seorang sahabat. Sentiasa lah kau berfikiran positif untuk dapat apa yang kau inginkan. Sebab aku tahu apa yang kau mahu. Aku tidak boleh nyatakan di sini. Mungkin kau faham sendiri. hehe. Kau memang seorang sahabat yang baik. Yang sentiasa rela mendengar kisah-kisah aku yang mungkin membosankan kau. Walaupun terpaksa (terpaksa ke?? haha). Tapi aku masih terus bercerita. Sebab terasa senang di situ yaa.


Dan ini adalah balasan entry Sayang Ain kau tu.
Ya kan, macam tak rasa pun yang our friendship dalam tujuh tahun sudah. Memang berlalu terlalu pantas. Dan aku mulai merindui saat-saat tujuh tahun yang lepas. Rindu masa sedih dan gembira sama-sama. Sampai saat ni, kau masih ada untuk dengar cerita sedih dan gembira aku. Terima kasih sahabat. Bab kahwin kahwin ni, mungkin bukan aku yang pertama dan bukan aku juga yang terakhir. Okay? hehe. Amin amin untuk doa kau tu sayang. InsyaAllah aku akan terus berhijab dan kekal berhijab. Kebahagiaan yang aku cari mungkin sudah ada. Cuma aku yang tidak tahu menghargainya waktu itu. It's okay lah kan. Memang betul kau cakap tu, 'kadang-kala dalam hidup nie kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk mengajar kita tentang kehidupan walaupun ia sebenarnya pahit dan perit untuk diterima'. Dan insyaAllah aku akan belajar lagi untuk terima semua yang berlaku tu. Macam aku pernah cakap juga lah kan. Kenangan memang tidak boleh dilupakan. Terlalu banyak walaupun dalam masa yang singkat. Di situ terasa bahagianya. Dan di situ juga lah yang akan mengajar aku.

Aku juga mendoakan semoga persahabatan kita bersama mereka yang lain akan berkekalan selamanya. Aminnnnnn



*sori tau sebab aku ambil gambar kau dari sini.


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

29 July 2013

Tetap Menantimu - Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu

Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku

Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu

Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu






ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

27 July 2013

Holiday + Convocation Day ( Part 2 : Convocation Day)

Assalamualaikum
(^_^)

Hari ni baru ada masa nak buat sambungan untuk entry INI dan INI. Lama ke tunggu? Ke memang tak tunggu pun. hehe. Malunya ain. Okay lah, ain tak mahu panjangkan cerita. Just direct to the point. Entry hari tu full cerita pasal holiday kan? Dan entry ini pula akan bercampur, holiday dan juga convocation. Sebab kat entry ni ain akan cerita kan pengalaman semasa dalam dewan konvo tu, sekali dengan masa bercuti (kalau sempat).

Majlis macam ni mungkin ramai yang nantikan. Macam ain lah juga. Bukan ain sahaja tau, abah dan umi ain pun memang menanti saat-saat macam ni. Walaupun sijil tu bukan lah Degree, Master or PHD, sekurang-kurangnya ain berjaya untuk buat abah dan umi tersenyum melihat kejayaan ain. Dan sebagai anak sulung, ain dapat lah menjadi contoh kepada adik-adik ain yang dua orang tu lagi. Adik ain yang seorang tu memang dah ikut jejak langkah kakak dia lah. Tinggal tunggu dia lagi yang konvo. Teruskan usaha mu wahai adik :)

Em, rasanya ain tak dapat nak ceritakan semua pengalaman sepanjang konvo tu sebab keadaan tak mengizinkan. Ain tak berapa nak sihat lah. Flu virus ! Cuma ain singkatkan cerita. Masa pergi konvo di UTM tu, budak kos ain (Diploma Pengurusan Teknologi-Perakaunan) cuma empat orang sahaja. Sangat kesian lah kami masa tu. Budak kos lain semua ramai, lebih dari lima orang. So, bagi ain, kemeriahan masa tu  memang kurang.

***************************************************************************************************

Entry yang entah berapa lama dalam draft. Hari ni baru dapat sambung menaip. Okay, terus kepada cerita. Masa majlis konvo hari tu memang meriah lah juga. Campur dengan ramai student dari kolej lain lagi. Tersangat lah ramai. Bila giliran kolej ain naik, memang ain dah penuh debaran. Macam kaki ni rasa tak berpijak atas lantai. Dah macam terapung-apung atas air. Memang nervous lah masa tu. Nervous masa dah nak berdiri, sambung lagi masa dah berbaris. Naik atas pentas tu tak payah cakap lagi lah. Tapi alhamdulillah ain dapat mengatasi nervous tu bila dah terima sijil. Tersenyum. Pas tu jalan sambil tersengih-sengih. Haha. Dah mula rasa lucu masa tu. Badan pun dah jadi lembut balik. Senyum je lah sepanjang ain nak turun tu sebab ada kamera kat depan.

Bila semua dah selesai. Ain still duduk dalam dewan tu sebab isi borang Pos Laju untuk pengiriman gambar konvo. Masa keluar tu ain tengok memang ramai orang. Ada yang dengan family, ada yang masih sendiri. Macam ain lah tu. Sendiri sibuk cari parents. Huh ! Masa tu memang sedih, sakit hati, semua lah ada. Mana tidak, keluar dari dewan tengok-tengok hujan. Dapat tak bayangkan masa tu suasana dia macam mana??? Dah lah ain belum jumpa parents ain lagi. Memang sedih lah kan. Dan mood happy lepas konvo tu bertambah-tambah hilang bila line Celcom buat hal. Busy ! Bayangkan lagi macam mana susahnya ain time tu. Bukan ain je yang susah lah, parents pun terasa susahnya. Dugaan betul. Okay, STOP !

Pasal gambar lepas konvo tu lagi. Em, gambar personal lah kot. Memang kurang. Ye lah, dah budak kelas pun sikit, lepas tu dengan hujan-hujan tu lagi. Macam mana nak ambil gambar?? Dengan mood yang dah hilang. Memang ain dah malas nak snap-snap. Adik-adik pun semua dah balik bilik. Semangat nak ambil gambar tu memang low. Ain harap adik lelaki ain tu, tapi dia tak ada masa tu. Ain pun nak juga ambil gambar dengan family semua. Tapi nak buat macam mana lagi, dengan keadaan macam tu memang payah sikit lah. Ambil gambar pun sikit-sikit je lah. Lagipun dah ada gambar studio. Rasanya dah cukup lah. Tu lah jadi kenangan kami sekeluarga.








Okay, tu je lah kot. Ada lagi Part 3 tau. Nak cerita pasal 'boyfriend' yang ain terjumpa kat KL.
Bye !


p/s : hari ni macam tak ada mood sangat nak buat entry panjang-panjang. cerita pun tak berapa nak best. hmm.



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

17 July 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum
(^_^)

GA by blogger yang confirm ramai orang dah kenal, cik Nisa Kay
Jom join ramai-ramai. Mana lah tahu rezeki raya tahun ni :)
Klik je banner kat bawah ni.





ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Cerita Kita! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini